Kundasang War Memorial Park atau Tugu Peringatan Perang Kundasang ini terletak tidak jauh dari kawasan deretan gerai sayur-sayuran di Pekan Kundasang. Terdapat empat taman yang dibina di dalam kawasan tugu peringatan ini iaitu the Australian Garden, the English Garden, the Borneo Garden dan the Contemplation Garden and Pool.
Pembinaan tugu peringatan ini adalah untuk memperingati tentera Australia dan British yang terkorban dalam Perang Dunia ke-2 di Kem Tahanan Perang Sandakan dan mereka yang terbunuh dalam kawad maut oleh Tentera Jepun bermula dari Sandakan ke Ranau merentasi hutan tebal sejauh kira-kira 260 km (jauh tu!)
Bayaran masuk cuma RM2 dan dibuka pada setiap hari bermula 8:30 pagi hingga 5:30 petang.
Pintu masuk utama
Pelawat-pelawat asing.
Pintu masuk ke Taman Australia.
The Contemplation Garden and Pool.
Tiang seri yang berlatarkan Gunung Kinabalu.
Rumah-rumah penduduk Kundasang boleh nampak dari atas ni.
Close up.
Plat warna hitam tu merupakan senarai mangsa yang terkorban
dalam kawad maut Sandakan - Ranau.
dalam kawad maut Sandakan - Ranau.
Sematan bunga tanda ingatan buat saudara mereka yang terkorban.
P/s: Selepas berkunjung di Desa Cattle Farm bolehlah singgah ke Kundasang War Memorial pulak, tempat ni dekat tepi jalan saja.