Sunday 30 December 2012

The Tip of Borneo

Sedar tak sedar, 2012 akan berakhir tidak lama lagi (cepatnya masa berlalu). Dan secara sedarnya juga, entri ini merupakan entri terakhir sebelum berakhirnya Disember 2012.

Tanjung Simpang Mengayau atau lebih dikenali sebagai Tip of Borneo, Kudat merupakan salah satu tempat yang sememangnya menarik di Sabah. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke sini mengambil masa lebih kurang tiga jam. Oh, kalau nak ke sini, jangan lupa singgah di Rumah Panjang Maranjak, Matunggung dan Tamu Besar Kota Belud (tapi cuma beroperasi hari Ahad saja).


Globe ajaib, hehehe!

Wednesday 28 November 2012

Kinabalu Menggamit Rindu (Bhg Akhir)


Puncak itu... Ya, puncak itulah yang bakal kami daki (sudah selamat didaki pun, hehe!). Laa, bahagian akhir ni baru nampak gunung? Ahaha, tak apa... Blog ini bukan Ahmad Albab yang punya. Jadi suka-sukilah cerita dia macam mana :P

Sunday 4 November 2012

Kinabalu Menggamit Rindu (Bhg 2)

Persediaan sebelum mendaki amatlah penting, terutamanya memantapkan stamina yang teramatlah kurengs. Kalau sebelum ini riadah hanya seminggu sekali dengan berjogging (walking banyak adalah, haha!) di kompleks sukan (itupun selalu terlajak tidur hingga ke lewat petang!), latihan persediaan ditambah dengan aktiviti jungle trekking setiap dua hingga tiga kali seminggu.


KSS.

Friday 12 October 2012

Kinabalu Menggamit Rindu (Bhg 1)

Sepuluh tahun yang lalu, impian untuk menakluk puncak Gunung Kinabalu terkubur begitu sahaja disebabkan masalah teknikal penganjuran ekspedisi tersebut.

Setiap kali melalui jalan Kundasang - Ranau, mata pasti melirik pada puncak itu, berharap agar suatu masa nanti impian untuk menakluk puncaknya menjadi kenyataan.

Kata orang, kalau ada rezeki pasti tidak ke mana. Tahun ini, rakan sekerja ada membuat perancangan untuk  mendaki gunung. Tentu saja peluang ini tidak dilepaskan!

Agak rugi sebagai Sabahan kalau mercu tanda kebanggaan Negeri Di Bawah Bayu ini tidak ditakluk. Persoalannya, mampukah aku? Hoho!

Daripada cerita rakan-rakan yang pernah mendaki, stamina dan semangat yang kuat amat penting untuk sampai ke sana. Bah, layan dulu lagu ni... :)



Monday 3 September 2012

Gua Gomantong

Jika Gua Batu Tulug sinonim dengan keranda kayu, Gua Gomantong pula terkenal dengan sarang burung. Terletak di Sukau, lokasinya agak jauh dari jalan utama.

Bayaran masuk juga agak mahal iaitu RM5 untuk pengunjung tempatan (agak mahal bagi aku). Untuk sampai ke gua tersebut, pengunjung perlu melalui jalan hutan, tetapi tidak perlu bimbang kerana laluan berjalan kaki sudah disediakan.

Bilangan pengunjung yang ramai adalah semasa musim memungut sarang burung iaitu antara Februari - April dan Julai - September.

Selamat datang.


Tiket masuk berlatarbelakangkan peta gua.


Laluan menuju ke gua.


 Gua Batu Belah Batu Bertangkup Gomantong.
Perlu sediakan tisu sebelum masuk.
Bau najis serta kencing kelawar dan lipas terlalu kuat di sini.
(Hati-hati, laluan jalan licin dan gelap!)


Salah satu port untuk mengambil gambar.


(Kredit: TamuGround)

Sarang burung. Harganya sangat mahal,
tapi tidak semahal risiko yang diambil oleh pemungut sarang burung.



P/s: Kebanyakan gambar cuma diambil menggunakan telefon bimbit (tanpa izin, hehe) sebab penggunaan kamera dan video dikenakan bayaran yang agak mahal.

Tuesday 28 August 2012

Agob Batu Tulug

Dalam bahasa suku kaum Sungai di Sabah, 'agob' bermaksud gua. Berketinggian hampir 40 meter, bukit batu kapur ini menempatkan beberapa buah keranda kayu belian yang berusia kira-kira 500 hingga 900 tahun.

Agob Batu Tulug terletak di Kampung Batu Putih, Kinabatangan. Bayaran masuk cuma RM2 dan percuma bagi rombongan pelajar. Berkesempatan singgah ke sini sebelum ke Lahad Datu untuk menebus hamper di salah sebuah pasar raya pada cuti semester sekolah bulan Mei yang lalu (hoho, gigih aku cerita!)

Pertama kali melihat keranda-keranda di dalam gua, terdetik pertanyaan di hati, "bagaimana orang-orang dahulu mengangkat keranda-keranda yang berat itu ke dalam gua?" (sila baca dengan kening berkerut, sebelah tangan ke dagu). Ok, layan gambar-gambar pulak... (malas nak mengarang sebenarnya, hehe)


 Bukit yang perlu didaki untuk sampai ke dalam gua.
(Sila jangan guna kasut bertumit tinggi di sini)


 Jalan ke Sandakan.


Jalan ke Lahad Datu.


 Papan info yang diletak di hadapan tangga naik ke bukit.


Gambar dari jarak jauh.


Anak tangga yang disediakan untuk naik ke bukit.


Pemandangan Sungai Kinabatangan dari puncak bukit.


Pondok di puncak bukit.


Baca, jangan tak baca!


Keranda-keranda di Agob Sawat.


Keranda berbentuk kepala kerbau.


Keranda yang hampir rosak.
'Isi' dalam keranda-keranda ni sudah dipindahkan.


Tiang yang digores sebagai mewakili bilangan keranda.


Ok, jom turun ke Agop Lintanga pulak...


Tangga ke Agop Lintanga.


'Agob Lintanga' bermaksud gua tengah.


Baca info dulu sebelum masuk ke dalam gua.


Agob Lintanga merupakan tempat pengkebumian 
orang-orang daripada status pertengahan (pandai-pandai ja aku).


Keadaan dalam Agob Lintanga. Gelapkan?


Night scenery mode.


Depan tulah pintu masuk ke dalam gua.


Yang ni tangga untuk turun ke pejabat pendaftaran pengunjung.


Kbai!


P/s: Versi misteri nusantara daripada kawan menyatakan bahawa terdapat seekor harimau jadian dipercayai 'penunggu' tempat ni. Hah, jangan biarkan diri anda diselubungi misteriii...

Wednesday 22 August 2012

Raya Dan Kampung Halaman

Menjadi kelaziman mereka yang mempunyai kampung untuk pulang berhari raya andai berpeluang. Bunyinya memang klise, tapi itulah realiti.

Pada masa inilah antara peluang mereka yang jauh serta jarang pulang ke kampung berkumpul menyambut hari lebaran bersama ibu bapa, adik-beradik dan sanak saudara.

Ketupat, rendang, biskut raya sama ada yang dibuat sendiri atau dibeli antara juadah yang perlu ada pada hari raya. Oh, jangan lupa air berkarbonat yang sangat manis itu!

Tidak kiralah di mana tempat berhari raya... di kampung, di bandar, di taman-taman perumahan; perjalanan aktivitinya mungkin agak sama; solat sunat hari raya, bersalam-salaman dengan ibu bapa, menziarahi pusara dan berkunjung ke rumah-rumah sanak saudara, jiran dan rakan.

Namun, beruntung bagi mereka yang mempunyai kampung, walau sejauh mana jaraknya, walau sesederhana keadaan fizikalnya, ada sesuatu yang mencuit rasa chenta (eceh!) terhadapnya, lebih-lebih lagi ibu dan bapa yang tinggal di sana, itu faktor utama!


Terjumpa dengan Che Kura-kura yang sedang melintas jalan ni
masa dalam perjalanan pulang ke kampung. Laju ja masuk semak.


Aktiviti kanak-kanak riang (anak-anak saudara) pada malam raya.
Best tumpang sekaki dengan dorang ni, haha!


P/s: Saja test line kampung aku ni. Walaupun lambat, tapi sudah boleh upload gambar-gambar di atas, eheh! Selamat hari raya.

Thursday 16 August 2012

Maaf Zahir Batin


Ramadan kian hampir ke penghujungnya. Dalam masa yang sama, akan ramai yang menyampaikan ucapan maaf bersempena tibanya Syawal. Ucapan "maaf zahir dan batin" sinonim dengan ketibaan Hari Raya, mungkin ucapan ini agak sukar diucapkan selain pada hari tersebut.

Segelintir mungkin beranggapan hanya perlu meminta maaf untuk kesalahan atau kesilapan yang zahir sahaja. Terlupa bahawa diri kita adalah makhluk yang sering melakukan kesalahan dan kesilapan sama ada yang yang jelas mahupun tersembunyi daripada pengetahuan orang lain.

"Rambut sama hitam, hati kaler lain", terpulanglah kepada si pengucap maaf tersebut. Semoga ucapan maaf yang disampaikan itu terbit dari hati yang ikhlas untuk mendapat redha daripada yang Maha Pemaaf.


P/s: Ramadan, kami akan sentiasa merinduimu... Salam lebaran, maaf zahir batin buat semua pembaca blog. (Eh, ada pembaca jugak ka nih? Hoho!)



Ikhlas daripada,
As Lee Aspar
27 Ramadan 1433H.

Thursday 9 August 2012

Iklan Paling Best!

Serius, iklan ni memang touching sangat! Syabas buat semua yang terlibat dalam pembikinan iklan ni.




Selesai iklan, lantas teringat akan doa ni:

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua-dua orang tuaku, serta berikanlah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Ameen.



P/s: Iklan yang sarat dengan mesej tersirat.

Sunday 5 August 2012

DIY

Yahooo! Akhirnya lampu itu berjaya dinyalakan. Alhamdulillah. Hampir seminggu lamanya dapur itu bergelap. Cubaan kali pertama gagal apabila tiba-tiba lampu yang dipasang meletup setelah suis lampu dibuka. Kejadian itu menjadikan aku sedikit takut untuk mencuba lagi.

Namun, selepas tiga hari kejadian tersebut, aku tekad untuk mencuba lagi. Ini kali kedua aku membeli perumah lampu kalimantang dan cuba memasangnya sendiri (eceh, semacam ada unsur 'menunjuk hebat' di situ, hoho!) *Senyum lebar*

Sebenarnya lampu asal memang sudah menunjukkan tanda-tanda kerosakan apabila cahayanya malap sahaja walaupun tiub pendarflour (tiub kalimantang) yang baharu dipasang pada perumah. (Lampu kalimantang ini tidak menggunakan suis penghidup atau starter seperti lampu kalimantang lain).


Perumah lampu kalimantang yang asal dan perumah lampu yang meletup 
semasa cubaan kali pertama lampu dipasang.

Peralatan DIY untuk memasang lampu. 
Serius, anak lesung tu berguna untuk mengetuk skru :P

Taraaa! Tahniah untuk diri sendiri ;)


P/s: Jangan lupa, sebelum buat pemasangan lampu, suis utama perlu dimatikan dahulu. Salam Ramadan :)

Friday 20 July 2012

Kundasang War Memorial Park

Kundasang War Memorial Park atau Tugu Peringatan Perang Kundasang ini terletak tidak jauh dari kawasan deretan gerai sayur-sayuran di Pekan Kundasang. Terdapat empat taman yang dibina di dalam kawasan tugu peringatan ini iaitu the Australian Garden, the English Garden, the Borneo Garden dan the Contemplation Garden and Pool.

Pembinaan tugu peringatan ini adalah untuk memperingati tentera Australia dan British yang terkorban dalam Perang Dunia ke-2 di Kem Tahanan Perang Sandakan dan mereka yang terbunuh dalam kawad maut oleh Tentera Jepun bermula dari Sandakan ke Ranau merentasi hutan tebal sejauh kira-kira 260 km (jauh tu!)

Bayaran masuk cuma RM2 dan dibuka pada setiap hari bermula 8:30 pagi hingga 5:30 petang.


Pintu masuk utama

Pelawat-pelawat asing.

 Pintu masuk ke Taman Australia.

The Contemplation Garden and Pool.

Tiang seri yang berlatarkan Gunung Kinabalu.

Rumah-rumah penduduk Kundasang boleh nampak dari atas ni.

 Close up.

 Plat warna hitam tu merupakan senarai mangsa yang terkorban
dalam kawad maut Sandakan - Ranau.

Sematan bunga tanda ingatan buat saudara mereka yang terkorban.

The Australian Garden terletak di sebelah kanan.






P/s: Selepas berkunjung di Desa Cattle Farm bolehlah singgah ke Kundasang War Memorial pulak, tempat ni dekat tepi jalan saja.