Sunday 19 May 2013

Coca Cola

(Dedikasi buat anak-anak kucingku yang bakal dapat keluarga angkat baharu)

Coca Cola di sini tiada kaitan langsung dengan jenama minuman karbonat yang manis itu; cuma nama bagi dua ekor anak kucing... Che Coca dan Che Cola.

Sebenarnya agak berat hati untuk memberikan mereka kepada keluarga angkat, tetapi memandangkan terlalu banyak kucing (lima ekor kesemuanya), maka terpaksalah dua ekor si comel ini diberikan kepada orang lain.

Keluarga angkat berjaya ditemui selepas Coca Cola diiklankan dalam mudah.my. Bakal keluarga angkat dia ekor merupakan seorang lelaki, Encik Taufiq namanya. Sekali imbas, beliau memang berminat dengan dia ekor (tak tau pulak dua tiga kali imbas). Mudah-mudahan dia ekor dapat dijaga dengan baik.

Coca dan Cola
Yang di depan ni Coca, ekor sedikit bengkok.
Coca dengan aksi berburunya.
Dan yang ni Cola... berekor lurus.
Emak dia ekor (Che Mimi) ni macam tau-tau ja akan berpisah dengan anak-anaknya. Sori Mimi...



P/s 1: Esok, Coca dan Cola akan diambil oleh Encik Taufiq. Selamat jalan Coca Cola... :(

P/s 2: "Kadangkala perpisahan itu boleh menghadirkan sebak yang tidak semena", spontan ayat ni keluar masa tu. Rasanya perlu ubah sedikit... "Seringkali perpisahan itu menghadirkan sebak yang tidak semena."

Wednesday 1 May 2013

Catatan 1 Mei

Bismillah.

Zaman kanak-kanak dulu, bila inginkan sesuatu terasa lambat sangat hari berlalu. Berbeza dengan sekarang, hari-hari yang mendatang amat cepat dirasakan menjelang!

Bulan Mei tiba lagi; bulan yang penuh dengan sambutan aktiviti dan perayaan. Haa, jangan lupa... Ramadan juga bakal tiba 70 hari lagi. "Allahumma balighna ramadan" (ya Allah, sampaikanlah kami kepada Ramadan), ameen. (Puasa dah ganti belom? Huhu.)

Antara peristiwa penting untuk bulan Mei kali ini adalah proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Sepanjang kempen PRU-13 kali ini, pelbagai ragam boleh dilihat, pelbagai karenah boleh disifat. Kadang-kadang rasa meluat dengan apa yang dibaca, didengar dan dilihat.

Ok, bukan ingin mengulas tentang PRU-13 di sini, sebab 'ulasan' hanya akan diberi semasa hari pengundian 5 Mei nanti. Diharap bakal-bakal YB (Yang Berhormat Berkhidmat) yang terpilih nanti sememangnya dapat diharap dan bukan hanya tahu mengharap... undian dari rakyat!


P/s: Cuti di tengah-tengah weekdays ni memang best! Selamat Hari Pekerja... Selamat mengundi :)