Sunday 2 February 2014

Santai Hujung Minggu

Hujung minggu yang osem ialah apabila kita melakukan aktiviti yang digemari tanpa memikirkan beban tugas yang lain.

Namun, hujung minggu beginilah segala tugasan rumah seperti mengemas, menyapu dan mencuci pakaian paling kurang dalam sebakul hasil perapan seminggu lamanya menuntut kita untuk menyiapkannya.

Apapun cara santai yang dipilih itu diharap dapat menggumbirakan, kerana definisi gumbira itu sendiri berbeza mengikut situasi seseorang.

Sebelum melalut dengan lebih jauh, entri kali ini memang akan lari jaaauuuhhh dari tajuk pun. Bukan hendak bercerita tentang santai bersantai, tapi menulis entri tertunggak tentang percutian di Kudat - Kota Kinabalu pada bulan Disember tahun lepas. Menulis entri pada blog juga salah satu cara bersantai, hehehe :)

Kali ini, konvoi ke Kudat melalui jalan Sapi Nangoh. Jalan ini akan melalui daerah kecil Pitas dan Kota Marudu. Perjalanan dari Sandakan ke Kudat melalui Jalan Sapi - Nangoh mengambil masa lebih kurang tujuh jam.

Dataran Bengkoka, Pitas 
(18 Disember 2013, 12:40 pm)

Mercu tanda Dataran Bengkoka, udang kara!
(Eh, betulkah udang kara ni? Apa-apa ja la)

Senja di Pantai Kalampunian, Simpang Mengayau, Kudat.
Gambar dari tempat penginapan.
(Masa ni baru habis mandi dekat pantai tu)

Sepagi di Tanjung Simpang Mengayau dengan glob ajaib.
(19 Disember 2013, 6:18 am)

Papan tanda ke Tanjung Simpang Mengayau.

Rumah Panjang Maranjak, Kg Bavanggazo,
Matunggong, Kudat.
Penduduk tempatan dengan barangan cenderahati yang dijual
dalam rumah panjang.
Selepas singgah di Rumah Panjang Maranjak,
jangan lupa singgah ke sini.
Madu lebah asli dengan harga berpatutan.
Yuran masuk.
Yang ni antara deretan gerai jagung bakar
dekat Kota Marudu.
Pemandangan sunset dari Signal Hill Observatory Tower,
Kota Kinabalu.


P/s 1: 14 Jun 2014 - Akhirnyaaa, selesai jugak entri nih! :)
P/s 2: Nama-nama tempat di Kudat ni memang unik, kan?

Saturday 1 February 2014

Tanpa Tajuk

Bismillah.

Selamat datang Februari! Selamat datang Rabiul Akhir! :)
Cepat betul masa berlalu...

Apapun, hadapi hidup ini dengan penuh syukur dan gumbira kerana kehidupan ini terlalu singkat untuk kita bersedih (eh, macam pernah dengar ja ayat nih!). 

Walau banyak dugaan yang menimpa, walau banyak tugasan yang perlu disiapkan, pasti ada sisi lain kehidupan kita yang menggembirakan. Ya, pasti ada! InsyaAllah. *Senyummm*

Di mana peringkat kita?
(Kredit kad... Eh, kredit kepada tuan punya gambar; Tarmizi?)


P/s: Sambung key-in data.