Friday 20 July 2012

Kundasang War Memorial Park

Kundasang War Memorial Park atau Tugu Peringatan Perang Kundasang ini terletak tidak jauh dari kawasan deretan gerai sayur-sayuran di Pekan Kundasang. Terdapat empat taman yang dibina di dalam kawasan tugu peringatan ini iaitu the Australian Garden, the English Garden, the Borneo Garden dan the Contemplation Garden and Pool.

Pembinaan tugu peringatan ini adalah untuk memperingati tentera Australia dan British yang terkorban dalam Perang Dunia ke-2 di Kem Tahanan Perang Sandakan dan mereka yang terbunuh dalam kawad maut oleh Tentera Jepun bermula dari Sandakan ke Ranau merentasi hutan tebal sejauh kira-kira 260 km (jauh tu!)

Bayaran masuk cuma RM2 dan dibuka pada setiap hari bermula 8:30 pagi hingga 5:30 petang.


Pintu masuk utama

Pelawat-pelawat asing.

 Pintu masuk ke Taman Australia.

The Contemplation Garden and Pool.

Tiang seri yang berlatarkan Gunung Kinabalu.

Rumah-rumah penduduk Kundasang boleh nampak dari atas ni.

 Close up.

 Plat warna hitam tu merupakan senarai mangsa yang terkorban
dalam kawad maut Sandakan - Ranau.

Sematan bunga tanda ingatan buat saudara mereka yang terkorban.

The Australian Garden terletak di sebelah kanan.






P/s: Selepas berkunjung di Desa Cattle Farm bolehlah singgah ke Kundasang War Memorial pulak, tempat ni dekat tepi jalan saja.

Sunday 8 July 2012

Desa Cattle Farm, Kundasang

Intro: Entri ini perlu dibaca dengan iringan dua buah lagu di bawah untuk menimbulkan feel gumbira, ahah! (Sebuah catatan hasil kekontangan idea terhadap assignment) :P













































  



Eh, apa kaitan lagu-lagu di atas dengan tajuk entri?
Sebenarnya aku bukan peminat drama-drama Melayu. Tapi disebabkan tertonton (baca: bukan disengajakan) episod pertama drama TV3 "Dejavu Di Kinabalu" ada scene yang berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu dan ladang ni, hati terus tertawan (ewah!) Lagu-lagu di atas adalah lagu tema bagi drama tersebut :)

Ladang Tenusu Desa atau lebih dikenali Desa Cattle Farm ini terletak kira-kira lapan kilometer dari Pekan Kundasang. Lokasinya di dataran tanah tinggi Mesilau kawasan kaki Gunung Kinabalu menjadikan ladang ini umpama 'New Zealand' Sabah! (Ramai yang cakap, aku iyakan saja, hehe!) Jadi, bila berkunjung ke sana nanti bolehlah perasan dekat New Zealand sekejap, haha!

Dibuka kepada para pengunjung setiap hari bermula 7:30 am hingga 5:30 pm termasuk hari Ahad. Bayaran masuk cuma RM3 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.

Salah satu ikon tempat ni.


Jalan masuk ke ladang. Eh, tiang elektrik tu hampir patah!


Lembu-lembu tenusu menunggu giliran untuk proses pemerahan.


Terbaik dari ladang!

Puncak Gunung Kinabalu bersembunyi di sebalik kabus tebal.

Jalan masuk yang tidak berturap.

Create your own caption.

Deretan kereta para pengunjung.

Bangunan pemprosesan susu lembu.

Puncak gunung tak nampak :(

Bunga matahari. (Err, betul ka bunga matahari ni? Confident ja bagi nama, haha!)

Macam model susu Desa pulak pakcik ni, hehe.

Kabus tebal.

Deretan rumah pekerja.

Second shoot.

Selamat tinggal Desa Cattle.

P/s: (Entri updated) Rindu ingin ke sana lagi!