Thursday, 15 August 2013

Sepetang Di Pantai Dandulit (Bhg 2)

7 Syawal 1434.

Entri ni merupakan sambungan bagi entri yang lepas. Kali ni baru teringat menukar mode kamera kepada sunset scenery... Tapi disebabkan masa ni berawan, jadi sunset kurang jelas kelihatan. Ok, layan ja la...



Nun di hujung sebelah kiri tu ialah Pulau Tikus.





Dataran pantai yang berbatu.




P/s 1: Best tengok matahari terbenam perlahan-lahan. Putaran alam sentiasa patuh pada Maha Pencipta.

P/s 2: Gambar di atas diambil menggunakan kamera Panasonic HX-DC10 HD Dual Camcoder. Maaf, penulis masih level bawah amatur, hehe.

P/s 2: Seminggu Syawal berlalu... Salam lebaran dan maaf zahir batin buat semua pembaca blog. (Ada jugak ka?) :p

Saturday, 20 July 2013

Salam Ramadan 1434 H

12 Ramadan 1434

Bismillah.

Walaupun sudah suku bulan Ramadan berlalu, namun rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan "selamat datang Ramadan".

Moga segala amal kebaikan yang dilakukan mendapat redha dan ganjaran di sisi Allah S.W.T, insyaAllah.

Okeh, nasyid ni sangat sesuai sempena bulan Ramadan al-Mubarak ni ;)


Ahlan Ramadan - Sheikh Mishary Rashed Al-Afasy




P/s: Moga ini bukan Ramadan yang terakhir buat kita...



Sunday, 19 May 2013

Coca Cola

(Dedikasi buat anak-anak kucingku yang bakal dapat keluarga angkat baharu)

Coca Cola di sini tiada kaitan langsung dengan jenama minuman karbonat yang manis itu; cuma nama bagi dua ekor anak kucing... Che Coca dan Che Cola.

Sebenarnya agak berat hati untuk memberikan mereka kepada keluarga angkat, tetapi memandangkan terlalu banyak kucing (lima ekor kesemuanya), maka terpaksalah dua ekor si comel ini diberikan kepada orang lain.

Keluarga angkat berjaya ditemui selepas Coca Cola diiklankan dalam mudah.my. Bakal keluarga angkat dia ekor merupakan seorang lelaki, Encik Taufiq namanya. Sekali imbas, beliau memang berminat dengan dia ekor (tak tau pulak dua tiga kali imbas). Mudah-mudahan dia ekor dapat dijaga dengan baik.

Coca dan Cola
Yang di depan ni Coca, ekor sedikit bengkok.
Coca dengan aksi berburunya.
Dan yang ni Cola... berekor lurus.
Emak dia ekor (Che Mimi) ni macam tau-tau ja akan berpisah dengan anak-anaknya. Sori Mimi...



P/s 1: Esok, Coca dan Cola akan diambil oleh Encik Taufiq. Selamat jalan Coca Cola... :(

P/s 2: "Kadangkala perpisahan itu boleh menghadirkan sebak yang tidak semena", spontan ayat ni keluar masa tu. Rasanya perlu ubah sedikit... "Seringkali perpisahan itu menghadirkan sebak yang tidak semena."

Wednesday, 1 May 2013

Catatan 1 Mei

Bismillah.

Zaman kanak-kanak dulu, bila inginkan sesuatu terasa lambat sangat hari berlalu. Berbeza dengan sekarang, hari-hari yang mendatang amat cepat dirasakan menjelang!

Bulan Mei tiba lagi; bulan yang penuh dengan sambutan aktiviti dan perayaan. Haa, jangan lupa... Ramadan juga bakal tiba 70 hari lagi. "Allahumma balighna ramadan" (ya Allah, sampaikanlah kami kepada Ramadan), ameen. (Puasa dah ganti belom? Huhu.)

Antara peristiwa penting untuk bulan Mei kali ini adalah proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Sepanjang kempen PRU-13 kali ini, pelbagai ragam boleh dilihat, pelbagai karenah boleh disifat. Kadang-kadang rasa meluat dengan apa yang dibaca, didengar dan dilihat.

Ok, bukan ingin mengulas tentang PRU-13 di sini, sebab 'ulasan' hanya akan diberi semasa hari pengundian 5 Mei nanti. Diharap bakal-bakal YB (Yang Berhormat Berkhidmat) yang terpilih nanti sememangnya dapat diharap dan bukan hanya tahu mengharap... undian dari rakyat!


P/s: Cuti di tengah-tengah weekdays ni memang best! Selamat Hari Pekerja... Selamat mengundi :)

Sunday, 7 April 2013

Wednesday, 27 February 2013

Kehilangan

Waktu mula-mula dipelihara.

Che Yam dan kawan baiknya, Che Tom.

Rindu kamu! :'(


Hari ini, genap seminggu Che Yam hilang. Kali terakhir mendengar suara 'budak kecik' ni mengiau ialah pada hari Rabu lepas. Che Yam; seekor kucing Siam betina yang mula dipelihara sejak  tiga tahun lalu. Suatu tempoh yang cukup menjadikannya sebahagian daripada hidup; bunyinya agak auta, tapi sejujurnya itulah fakta!

Biarpun kadangkala karenahnya agak merimaskan, namun kehilangannya amat dirasai. (Hanya mereka yang pernah kehilangan haiwan yang comel ini faham situasi itu!)

Biasanya, bila sampai di rumah, Che Yam akan muncul dari atas siling garaj kereta; tempat lepak kegemarannya, menyambut kedatanganku dengan muka yang sembap disebabkan baru bangun tidur. 

Sebak...!



P/s: Nangisss :'(


Sunday, 17 February 2013

Ikan Kukus Ala Suka Hati

Cuti Chinese New Year baru-baru ni banyak dihabiskan di kampung terchenta. Suatu petang, terfikir ingin memasak ikan kukus. Tambahan pulak, ada dua ekor ikan belanak segar dibeli petang kelmarin.

Secara jujurnya, masak memasak merupakan aktiviti yang paling amat sangat 'diminati' (sila faham; ada quotation marks di situ, haha!)

Dengan bantuan Che Google, dapatlah resepi ikan kukus dari blog-blog ntah tak ingat siapa punya, hehe! Resepi yang ada diubahsuai mengikut ke'simple'an dan bahan-bahan yang ada.


Taraaa! Ikan kukus yang sudah masak.

Komen bapa, ikan kukus my adik kembar lagi sedap, uhuk!


P/s: Sila jangan amalkan kesalahan tatabahasa seperti yang banyak berlaku di sini (eh, tiba-tiba!).

Wednesday, 6 February 2013

Saturday, 19 January 2013

Perutusan Khas 19 Januari

Ehem! Selamat tahun baru... Eh, selamat hari ulang tahun kelahiran yang ke-22 buat diriku (tipu sangat, ok!)

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan di dunia nan fana ini. Semoga pertambahan usia ini mendekatkan lagi diri ini kepada DIA yang Khalik, insyaAllah.

Hakikatnya, semakin usia meningkat, hayat semakin singkat... Amal pula perlulah bertambah ligat! (Peringatan buat diri)


Hmmm! (Sedikit mengeluh di situ)

(Sumber gambar : Google Images)
Err, gambar ni tiada kaitan dengan entri sebenarnya, hehe! :P


P/s: Idea tengah kontang, huhu!

Friday, 11 January 2013

Sepetang Di Pantai Dandulit








Lokasi: Pantai Dandulit, Batu 12, Sandakan.
Masa: 5.45 pm (02 Disember 2012).


P/s: Malas letak watermark pada gambar sejak akhir-akhir ni.


Monday, 7 January 2013

Halaman 7/365



Bismillah.

01:00 am - Mata masih mahu berjaga. Jari-jemari ingin menaip sesuatu, namun kata tidak dapat menzahirkan sepenuhnya apa yang terbuku di dalam hati.

Hari ini dan dua hari yang lepas, agak terkejut mendengar berita sedih 'pergi'nya dua orang rakan seperjuangan. Seorang yang sudah lama dikenali dan sememangnya maklum tentang penyakit yang dihadapinya. Seorang lagi baru dikenali dan agak senang untuk mendekatinya (al-Fatihah buat allahyarhamah).

Kedua-duanya cekal dan mempunyai semangat yang tinggi semasa hayat mereka; berjuang sehingga nafas yang terakhir. Seolah-olah penyakit yang dihadapi itu bukan penghalang untuk maju ke hadapan.

Memang benar, mati itu pasti. Cuma yang tak pasti bagaimana dan bila ketikanya. 

Ya Allah, betapa kehidupan di dunia ini hanyalah sementara. Semoga pengakhiran kami nanti berakhir dengan husnul khotimah... Aameen.



P/s: Hidup ini suatu persinggahan. Tiba masa kita akan dijemput 'pulang'. (Peringatan buat diri)


Thursday, 3 January 2013

Halaman 3/365

(Sumber gambar : Google Images)

Bismillah.

Tahun berganti lagi. Cepat benar hari berlalu pergi.
Hari ini, adakah sama seperti semalam?
Atau, menepati sasaran dan harapan.

Ah, bukan kata-kata yang menjadi ukuran.
Sebaliknya lihatlah pada perlakuan.

Wahai Tuhan, terima kasih di atas peluang.
Tetapkanlah kami sentiasa di landasan.
Permudahkanlah kami untuk setiap urusan.
Moga hasanah menjadi genggaman.




P/s: Hujan lebat sepanjang hari ini :)