Monday, 7 January 2013

Halaman 7/365



Bismillah.

01:00 am - Mata masih mahu berjaga. Jari-jemari ingin menaip sesuatu, namun kata tidak dapat menzahirkan sepenuhnya apa yang terbuku di dalam hati.

Hari ini dan dua hari yang lepas, agak terkejut mendengar berita sedih 'pergi'nya dua orang rakan seperjuangan. Seorang yang sudah lama dikenali dan sememangnya maklum tentang penyakit yang dihadapinya. Seorang lagi baru dikenali dan agak senang untuk mendekatinya (al-Fatihah buat allahyarhamah).

Kedua-duanya cekal dan mempunyai semangat yang tinggi semasa hayat mereka; berjuang sehingga nafas yang terakhir. Seolah-olah penyakit yang dihadapi itu bukan penghalang untuk maju ke hadapan.

Memang benar, mati itu pasti. Cuma yang tak pasti bagaimana dan bila ketikanya. 

Ya Allah, betapa kehidupan di dunia ini hanyalah sementara. Semoga pengakhiran kami nanti berakhir dengan husnul khotimah... Aameen.



P/s: Hidup ini suatu persinggahan. Tiba masa kita akan dijemput 'pulang'. (Peringatan buat diri)


No comments:

Post a Comment