Kisah 1: (Lokasi di sebuah kedai roti)
Seorang lelaki tua berpakaian compang-camping dan kelihatan tidak terurus masuk membeli beberapa biji roti. Ada yang memandangnya dengan sinis dan tidak kurang pula ada yang menjadikannya bahan gurauan. Terfikir juga kalau-kalau lelaki ini tidak siuman.
Selepas memilih roti yang diinginkan, beliau membuat pembayaran di kaunter dengan mengeluarkan wang kertas seringgit-seringgit serta duit syiling dan cepat-cepat berlalu, mungkin tidak senang dengan pandangan kurang senang pelanggan lain... Dia masih waras walaupun penampilannya seperti orang yang kurang waras!
Kisah 2: (Lokasi di sebuah pasar umum)
Selesai membeli ikan untuk kucing, bergegas ke kereta untuk ke farmasi pula. Sedikit terganggu apabila ternampak sebuah kereta yang menghalang di hadapan, ditambah pula pemandunya tiada di dalam. Tenang...
Selepas seketika, lampu isyarat kereta dipasang dan hon dibunyikan, berharap agar pemandunya ada berdekatan. Dua minit, tiga minit... Di mana pemandu kereta itu? Sedarkah dia yang keretanya menghalang laluan? Beberapa kali hon dibunyikan, namun pemandunya masih belum muncul. Sempat menjeling sticker sebuah IPT tempatan pada kereta itu. "Mungkin sticker pemberian anaknya yang menuntut di sana," sempat bermonolog. Hampir sepuluh minit berlalu, seorang wanita muda yang kelihatan terpelajar menghampiri kereta itu, menghulurkan senyuman dan isyarat maaf... Oh, tekaan yang silap! Persoalan timbul... Kenapa dan mengapa?
P/s 1: Faham tak apa yang ingin disampaikan dalam kisah tu?
P/s 2: Kurang sihat, mungkin sebab cuaca sejuk beberapa minggu ni, apapun aku suka cuaca begini.
P/s 3: Sambutan hari jadi berganda tahun ni, tarikh hijrah dan masihi hampir-hampir dekat, gumbira!
P/s 4: Selamat tahun baru 2014.
P/s 5: Hah, banyaklaaa p/s-p/s, menyampah! :pp
No comments:
Post a Comment