Sedar tak sedar, 2012 akan berakhir tidak lama lagi (cepatnya masa berlalu). Dan secara sedarnya juga, entri ini merupakan entri terakhir sebelum berakhirnya Disember 2012.
Tanjung Simpang Mengayau atau lebih dikenali sebagai Tip of Borneo, Kudat merupakan salah satu tempat yang sememangnya menarik di Sabah. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke sini mengambil masa lebih kurang tiga jam. Oh, kalau nak ke sini, jangan lupa singgah di Rumah Panjang Maranjak, Matunggung dan Tamu Besar Kota Belud (tapi cuma beroperasi hari Ahad saja).
Globe ajaib, hehehe!
Dekat belakang tu merupakan tempat pertembungan Laut China Selatan dan Laut Sulu. |
Untuk sampai ke globe ajaib, kenalah jalan kaki sikit, tak jauh pun. |
Tulisan pada papan penghadang ni ialah: "AWAS, BERBAHAYA. JANGAN MELINTASI PARAS INI." Kalau degil juga risiko kenalah tanggung sendiri. (Tapikan... rugi kalau tak turun ke bawah, haha!) |
Nama tempat penginapan ni, BorneoTip Beach Lodge. Betul-betul menghadap ke pantai. Tempat ni tidak jauh dari tanjung tu (kami gelar 'tanduk'). |
Pantai Kalampunian. Misi untuk melihat sunset tidak berjaya, disebabkan cuaca mendung masa tu :( |
Kredit: BorneoTip Beach Lodge
Tengok sunset dari gambar ja la...
Kredit: BorneoTip Beach Lodge |
P/s: Selamat tahun baru 2013.
No comments:
Post a Comment