Wednesday, 28 November 2012

Kinabalu Menggamit Rindu (Bhg Akhir)


Puncak itu... Ya, puncak itulah yang bakal kami daki (sudah selamat didaki pun, hehe!). Laa, bahagian akhir ni baru nampak gunung? Ahaha, tak apa... Blog ini bukan Ahmad Albab yang punya. Jadi suka-sukilah cerita dia macam mana :P




06 Oktober 2012, Taman Kinabalu, Kundasang - Seawal pukul 7.00 am, kami (aku, Kak Siau, Pyan dan Mr Nunung, termasuk dua orang lagi rakan yang turut mengiringi kami) sudah sampai dekat sini. Urus pendaftaran dan semua yang berkaitan dengan pendakian.

Wajah-wajah yang bersemangat untuk mendaki! 
(Bersemangatlah sangat! Ngehngeh)

Packed lunch, bekal makanan dalam perjalanan.
ID tag ni wajib dipakai semasa pendakian... Lawa pulak nombor daftar aku ni, hehe :P
Sebelum tu, beg-beg yang berat suruh porter yang bawa. Tapi kenalah bayar, RM8/kg untuk perjalanan pergi dan balik. Tongkat pulak (penting untuk hiking sebenarnya) kami sewa daripada guide dengan bayaran RM10 sebatang.
(Caption yang tiada kaitan dengan gambar sungguh!)
Terpaku seketika... Dalam hati, "dorang ni turun berguling-guling ka apa? Ambik masa tiga jam lebih saja?!"
Pintu masuk laluan mendaki. Kalau mahu trail yang lebih thrill cuba di Mesilau, tapi stamina pun kenalah tough.
Sesi taklimat sebelum pendakian, yang ni guide kami, Mr Nais. Nampak tak? Trail Mesilau lebih jauh berbanding trail Timpohon, tapi ramai yang cakap pemandangan trail Mesilau lebih cantik.
8:35 am - Pendakian bermula.
Masa mula mendaki senang hati tengok tangga ni, tapi pulang nanti siaplah!







Laluan bertangga untuk 0.5 km sebelum ke Pondok Kandis. 
Boleh tahan anak-anak tangga dia!
9:04 am - Tiba di Pondok Kandis, pondok pertama selepas Timpohon. Lenggang-lenggang kangkung ja porter bawa barang-barang berat tu, terkagum seketika.
9:30 am - Pondok Ubah, 1.5 km daripada Pondok Timpohon.

Rehat. 
Perjalanan diteruskan... Ah, anak-anak tangga lagi!
10:20 am - Tiba di Pondok Lowii.
Dekat sini mula terperasan yang Che Tupai banyak berkeliaran. Nasib baik ada sediakan biskut coklat, bolehlah share dengan dia ekor. Lagi satu, dia ekor semua jinak-jinak belaka, siap makan dekat tapak tangan lagi.
Salah seekor Che Tupai yang hensom bergaya!
Yang ni pulak antara spesies Che-che Bunga yang sempat dirakam semasa dalam perjalanan.
12:23 pm - Tiba di Pondok Layang-layang. Sebelum pondok ni ada satu lagi pondok, nama dia Pondok Mempening.

Tu dia! Jauh lagi ke Laban Rata...
2:09 pm - Menghampiri Pondok Villosa.
Jauh sikit dari Pondok Villosa akan jumpa pokok ni. Satu-satunya pokok yang duduk tengah-tengah laluan. (Macam buat aksi tarian tango pulak, hadoi! *Tepuk dahi*)
Kak Siau bersama pokok nan sebatang.
Laluan berbatu yang akan banyak diredah selepas Pondok Villosa.


Laluan berbatu dari Pondok Paka.


Semakin hampir ke Laban Rata.
3:48 pm - Sampai juga di Laban Rata akhirnya. Alhamdulillah.
Laban Rata.
Signboard Laban Rata. Apa yang dimenungkan oleh lelaki berbaju biru itu agaknya?
Yang ni pulak Waras Hut, salah satu penginapan yang ada di sini.
Oh, tima kasih...
Dua orang rakan (Mr Nunung dan Pyan) sudah tiba awal lebih kurang jam 2:00 pm di sini.

Haha, boleh tahan mahal! Kalau lewat sampai sini, kenalah beli makanan sendiri, sebab dinner cuma disediakan untuk para pendaki bermula jam 5:00 hingga 7:00 pm (4:30 pm pun boleh makan dah).

Selepas berehat sekejap di Laban Rata Resthouse, kami mula bergerak ke Gunting Lagadan Hut, tempat kami menginap. Alamak, ni pun kena daki sedikit anak-anak tangga lagi, aduh!
Senget pulak captured signboard Gunting Lagadan ni, nampak sangat keletihan di situ, haha!
Jalur sunset dari Laban Rata Resthouse. SubhanAllah, cantik!

Selesai pendakian fasa pertama. Bersedia untuk pendakian fasa kedua awal pagi esok pulak.
07 Oktober 2012 - Seawal jam 1:45 am kami sudah siap sedia untuk mendaki puncak. Memandangkan kami  berdua pendaki  perempuan agak lambat pada pemerhatian guide, maka beliau mengesyorkan supaya kami mengawalkan pendakian, dan ya... Kami adalah pendaki terawal pada hari tersebut.
1:54 am - Suhu sekitar 7 degrees C. Cuaca pula diramalkan akan hujan (penting bawa poncho [baju hujan] untuk ke puncak). Kami sepakat tidak turun ke Laban Rata Resthouse untuk supper. Simpan tenaga kononnya, haha! Hanya minum milo 3 in 1 bersama coklat choki-choki.
Sampai di laluan bertali. Ikut saja arah tali ni, insyaAllah selamat. Yang ni salah satu tempat yang agak curam. Nasib baik gelap gulita, kalau tidak memang gayat jugak ni. Dari sini, boleh nampak pemandangan sayup-sayup cahaya lampu-lampu rumah penduduk sekitar Kundasang. Pemandangan yang sangat-sangat awesome!
3:12 am - Berehat di sebalik batu-batuan. Masih jauh lagi perjalanan menuju puncak.
3:29 am - Tiba di Sayat Sayat Check Point, pondok terakhir sebelum ke puncak. Kami adalah peserta yang paling awal tiba, masih sempat menunggu ketibaan petugas check point masa tu.

* * *

Ok, masa pertengahan menuju ke puncak, hujan mula turun. Masa tu memang ramai pendaki yang sudah memotong kami. Kami sendiri terpisah antara satu sama lain, paling jauh di hadapan ialah Pyan, dan yang terbelakang ialah Mr Nunung dan Kak Siau. Aku berada di tengah-tengah, jarak kami memang berjauhan antara satu sama lain.




Tiada gambar yang sempat dirakam masa tu, disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan, dengan sejuk yang melampau, kabus yang tebal, tangan dan mulut yang hampir kebas (masa ni memang menyesal tidak bawak penutup untuk mulut), hingus pulak jangan cerita, dah macam air terjun turun dari hidung! Hampir-hampir give up dan ingin turun semula ke Sayat Sayat masa ni. Menurut Kak Siau, memang ada beberapa orang pendaki yang sudah turun semula ke Sayat Sayat. Namun, dengan semangat perjuangan harmoni, perjalanan diteruskan, syukurlah hujan tidak berpanjangan, akhirnya terjumpa semula dengan Pyan yang sudah jauh di hadapan. Langkah diteruskan menuju puncak (eh, dah macam cerpen!)



* * *
6:03 am - Akhirnya mercu tanda Low's Peak dapat ditawan, alhamdulillah. 
We are the champions my friends! La la la... 
Sayang sekali tidak dapat bergambar berempat di puncak ni. Pyan dan aku sampai dulu, masa dalam perjalanan turun dari puncak Low's Peak baru terjumpa dengan Mr Nunung dan Kak Siau.
6:20 am - Mula turun dari puncak Low's Peak. Kalau lama-lama di atas tu serius boleh beku! Lagipun pendaki semakin ramai. Dari awal lagi sunrise langsung tidak kelihatan disebabkan kabus yang tebal. Apapun syukur sebab dapat sampai ke puncak.

South Peak yang berkabus


Donkey Ears Peak

Formasi anak tangga, kahkahkah!
The plateau of Mount Kinabalu. We are here, yeahhh!


Siapakah yang sedang berlari itu?


Aksi spontan yang cumil (lah sangat), haha!
Seriously, jealous dengan pose baring-baring dorang dekat sini. Baru perasan, aku tiada gambar dengan  background Donkey Ears Peak ni. Rugi wooo, huhu!

7:40 am - Mula turun semula ke Sayat Sayat.

9:56 am - Selesai bersarapan di Laban Rata Resthouse. 
Wajah-wajah puas dan gumbira kerana berjaya menawan puncak.
(10:05 am - Mula meninggalkan Laban Rata untuk balik semula ke Timpohon)
Babai Laban Rata...
Babai puncak Kinabalu. Sob... sob! 
(Sedih dan sayu-mayu hati masa tinggalkan  mereka)
Ada jodoh, kita bertemu lagi, ahaks! (Eh, insyaAllah) :D
Muka penat! Bukan lakonan semata-mata. Ya Allah, dugaan turun pun hebat jugak rupanya.
Sempat ambil gambar pakcik Badang Kinabalu ni (kisah beliau ada keluar dalam Majalah 3 tidak lama dulu). Antara gambar yang last diambil sebelum tenaga dan mood hilang disebabkan keletihan yang paling amat sangat.

* * *
3:00 pm - Selamat tiba di Timpohon. Tenaga memang tersangat kureng di sini. Tiada mood untuk bergambar kenangan lagi. Rakan-rakan yang lain sudah tiba dalam jam 1:00 pm lebih. Tidur dalam kereta sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Apapun, tetap berasa puas kerana misi berjaya, hehe.

* * *
Sijil ke Low's Peak.

P/s: "Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu, biru-biru hujung Kinabalu, tengok dari jauh, hati saya rindu..." ...Aku mula rindu tempat ni, serius rindu!

No comments:

Post a Comment