Dalam bahasa suku kaum Sungai di Sabah, 'agob' bermaksud gua. Berketinggian hampir 40 meter, bukit batu kapur ini menempatkan beberapa buah keranda kayu belian yang berusia kira-kira 500 hingga 900 tahun.
Agob Batu Tulug terletak di Kampung Batu Putih, Kinabatangan. Bayaran masuk cuma RM2 dan percuma bagi rombongan pelajar. Berkesempatan singgah ke sini sebelum ke Lahad Datu untuk menebus hamper di salah sebuah pasar raya pada cuti semester sekolah bulan Mei yang lalu (hoho, gigih aku cerita!)
Pertama kali melihat keranda-keranda di dalam gua, terdetik pertanyaan di hati, "bagaimana orang-orang dahulu mengangkat keranda-keranda yang berat itu ke dalam gua?" (sila baca dengan kening berkerut, sebelah tangan ke dagu). Ok, layan gambar-gambar pulak... (malas nak mengarang sebenarnya, hehe)
Bukit yang perlu didaki untuk sampai ke dalam gua.
(Sila jangan guna kasut bertumit tinggi di sini)
(Sila jangan guna kasut bertumit tinggi di sini)
Jalan ke Sandakan.
Jalan ke Lahad Datu.
Papan info yang diletak di hadapan tangga naik ke bukit.
Gambar dari jarak jauh.
Anak tangga yang disediakan untuk naik ke bukit.
Pemandangan Sungai Kinabatangan dari puncak bukit.
Pondok di puncak bukit.
Baca, jangan tak baca!
Keranda-keranda di Agob Sawat.
Keranda berbentuk kepala kerbau.
Keranda yang hampir rosak.
'Isi' dalam keranda-keranda ni sudah dipindahkan.
Tiang yang digores sebagai mewakili bilangan keranda.
Ok, jom turun ke Agop Lintanga pulak...
Tangga ke Agop Lintanga.
'Agob Lintanga' bermaksud gua tengah.
Baca info dulu sebelum masuk ke dalam gua.
Agob Lintanga merupakan tempat pengkebumian
orang-orang daripada status pertengahan (pandai-pandai ja aku).
Keadaan dalam Agob Lintanga. Gelapkan?
Night scenery mode.
Depan tulah pintu masuk ke dalam gua.
Yang ni tangga untuk turun ke pejabat pendaftaran pengunjung.
Kbai!
P/s: Versi misteri nusantara daripada kawan menyatakan bahawa terdapat seekor harimau jadian dipercayai 'penunggu' tempat ni. Hah, jangan biarkan diri anda diselubungi misteriii...
No comments:
Post a Comment