Wednesday, 22 August 2012

Raya Dan Kampung Halaman

Menjadi kelaziman mereka yang mempunyai kampung untuk pulang berhari raya andai berpeluang. Bunyinya memang klise, tapi itulah realiti.

Pada masa inilah antara peluang mereka yang jauh serta jarang pulang ke kampung berkumpul menyambut hari lebaran bersama ibu bapa, adik-beradik dan sanak saudara.

Ketupat, rendang, biskut raya sama ada yang dibuat sendiri atau dibeli antara juadah yang perlu ada pada hari raya. Oh, jangan lupa air berkarbonat yang sangat manis itu!

Tidak kiralah di mana tempat berhari raya... di kampung, di bandar, di taman-taman perumahan; perjalanan aktivitinya mungkin agak sama; solat sunat hari raya, bersalam-salaman dengan ibu bapa, menziarahi pusara dan berkunjung ke rumah-rumah sanak saudara, jiran dan rakan.

Namun, beruntung bagi mereka yang mempunyai kampung, walau sejauh mana jaraknya, walau sesederhana keadaan fizikalnya, ada sesuatu yang mencuit rasa chenta (eceh!) terhadapnya, lebih-lebih lagi ibu dan bapa yang tinggal di sana, itu faktor utama!


Terjumpa dengan Che Kura-kura yang sedang melintas jalan ni
masa dalam perjalanan pulang ke kampung. Laju ja masuk semak.


Aktiviti kanak-kanak riang (anak-anak saudara) pada malam raya.
Best tumpang sekaki dengan dorang ni, haha!


P/s: Saja test line kampung aku ni. Walaupun lambat, tapi sudah boleh upload gambar-gambar di atas, eheh! Selamat hari raya.

No comments:

Post a Comment