Yahooo! Akhirnya lampu itu berjaya dinyalakan. Alhamdulillah. Hampir seminggu lamanya dapur itu bergelap. Cubaan kali pertama gagal apabila tiba-tiba lampu yang dipasang meletup setelah suis lampu dibuka. Kejadian itu menjadikan aku sedikit takut untuk mencuba lagi.
Namun, selepas tiga hari kejadian tersebut, aku tekad untuk mencuba lagi. Ini kali kedua aku membeli perumah lampu kalimantang dan cuba memasangnya sendiri (eceh, semacam ada unsur 'menunjuk hebat' di situ, hoho!) *Senyum lebar*
Sebenarnya lampu asal memang sudah menunjukkan tanda-tanda kerosakan apabila cahayanya malap sahaja walaupun tiub pendarflour (tiub kalimantang) yang baharu dipasang pada perumah. (Lampu kalimantang ini tidak menggunakan suis penghidup atau starter seperti lampu kalimantang lain).
Perumah lampu kalimantang yang asal dan perumah lampu yang meletup
semasa cubaan kali pertama lampu dipasang.
Peralatan DIY untuk memasang lampu.
Serius, anak lesung tu berguna untuk mengetuk skru :P
Taraaa! Tahniah untuk diri sendiri ;)
P/s: Jangan lupa, sebelum buat pemasangan lampu, suis utama perlu dimatikan dahulu. Salam Ramadan :)
Maaf..sy nak bertanya..kalau lampu.kalimamtang dengar bunyi meletup..apa yang rosak dan perlu diganti? Starter? Lampu tiub?chok.?
ReplyDeleteMaaf..sy nak bertanya..kalau lampu.kalimamtang dengar bunyi meletup..apa yang rosak dan perlu diganti? Starter? Lampu tiub?chok.?
ReplyDeleteLagi bagus ganti satu set terus :)
Delete