Pertama kali menikmati air kelapa bakar terdetik hati mengatakan yang rasanya seperti air rebusan kacang tanah, begitu juga dengan aroma baunya.
Deretan gerai kelapa dan lokan panggang Salut ini terletak berhampiran bulatan Kampung Rugading - Telipok. Perjalanan dari pusat bandar Kota Kinabalu ke sini mengambil masa lebih kurang 25 minit.
Harga bagi lokan panggang bergantung pada saiz lokan; RM12 untuk saiz lokan yang besar, RM10 bagi saiz lokan sederhana dan RM8 untuk lokan yang bersaiz kecil, manakala bilangan setiap hidangan adalah sama, iaitu 20 biji lokan (penjodoh bilangan ni sesuai ka tidak?)
P/s: Tak ingat harga bagi buah kelapa, tapi harga makanan memang berbaloi dan memuaskan. Memang salute la! :)
Puding kelapa dalam buah.