Tuesday 5 June 2012

Rumah Terbalik

Mula dibuka kepada para pengunjung pada Februari 2012, Rumah Terbalik ini merupakan yang pertama di Asia Tenggara dan yang kelima di dunia! (Eceh, sebagai penduduk Sabah tumpang bangga sekejap!) 

Terletak di Kampung Telibong, Tamparuli, Sabah. Lokasinya mudah dilihat dari tepi jalan utama.

Yuran masuk bagi dewasa ialah RM10 dan kanak-kanak atau pelajar ialah RM5. Sebelum masuk ke dalam rumah, pengunjung perlu memukul gong yang disediakan, dan bagi yang muslim silalah baca basmallah agar tidak turut terbalik sama (selain mendapat pahala membaca kalimah tersebut) :)

P/s: Untuk sesi bergambar kenangan, cuma di bahagian luar rumah tersebut sahaja yang dibenarkan.


















No comments:

Post a Comment