Thursday, 21 June 2012

Catatan 1 Sya'aban 1433H

Selesai membaca sebuah entri daripada blog En. Syahril A. Kadir, teringat pesanan kakak semasa ingin menduduki peperiksaan SPM dulu; "sebelum melangkah masuk ke dalam dewan peperiksaan, jangan lupa baca dua potong ayat terakhir surah Yasin".
Kakak cuma memberikan pesanan tersebut melalui sekeping nota. (Agak terharu bila teringat semula, huhu!)

Kisah dalam entri tersebut sebenarnya tidak sedikit pun mempunyai saling persamaan dengan kisahku ketika ingin menduduki peperiksaan dulu, cuma apabila membaca semula terjemahan ayat-ayat tersebut, hari ini baru dapat aku kaitkan; kita sebagai hambaNya yang lemah perlu meletakkan harapan hanya kepada Allah, kerana dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Selain usaha, tawakal itu penting. Niat yang betul juga perlu seiring, insyaAllah pasti Dia permudahkan urusan tersebut.


Surah Yasin (سورة يس) ayat 82 dan 83:

إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ (82)
 فَسُبْحَانَ الَّذِي بِيَدِهِ مَلَكُوتُ كُلِّ شَيْءٍ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ (83) 
Ertinya: 

[82] Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu: Jadilah engkau! Maka ia terus menjadi.

[83] Oleh itu, akuilah kesucian Allah (dengan  mengucap SubhanAllah!) - Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.

P/s : Salam 1 Sya'aban :)

No comments:

Post a Comment