Saturday 23 June 2012

Sabtu Yang Agak Buntu

Berkunjung ke perpustakaan wilayah dengan niat ingin menyiapkan tugasan seperti membuang masa sahaja. Apa tidaknya, sesampai sahaja di sana hampir semua meja telah dipenuhi oleh pengunjung terutamanya para pelajar sekolah (silap aku juga, lambat!) Mahu tidak mahu terpaksa pulang ke rumah kerana keadaan di sana yang dirasakan kurang selesa untuk menyiapkan tugasan.

Namun pujian perlu diberi kepada mereka kerana menjadikan kemudahan yang ada untuk mengulangkaji dan menggunakan sumber-sumber yang ada di sana (hmm, semoga niat mereka tu betul).


P/s: Tahun ni, baru kali ketiga datang ke sini, tahun-tahun sudah tak ingat kali terakhir datang, yang pasti saaaaaaangat jarang!

No comments:

Post a Comment