Friday 22 June 2012

Kad Mesra Petronas

Mula menggunakan Kad Mesra Petronas hampir dua tahun yang lalu selepas pekerja stesen minyak tersebut mempromosikannya. Namun, penggunaannya setakat "suka-suka", sekadar perhiasan dalam dompet, hanya digunakan apabila teringat.

Selepas terbaca maklumat mengenai kad tersebut barulah sedar yang kad tersebut sebenarnya mempunyai manfaat tersendiri (huhu, tertinggal kereta api sungguh!) 

Mata ganjaran atau point yang terkumpul boleh digunakan untuk menebus barangan atau minyak mengikut jumlah yang terkumpul di mana-mana Stesen Mesra Petronas! Ingin mengetahui jumlah point yang terkumpul hanya masukkan nombor Kad Mesra di sini, atau pergi ke mana-mana kaunter stesen minyak Petronas. 

Point yang terkumpul setakat ni.

Hari ni habiskan semua point untuk tebus minyak petrol.
 1 sen = 1 point, jadi boleh isi RM31.40 untuk minyak.


P/s: Lepas ni akan rajin keluarkan Kad Mesra setiap kali mengisi minyak!



No comments:

Post a Comment