Selesai kelas tutorial, langkah diatur menuju ke Taman Sejati, Batu 7 untuk membeli 'ubi goncang'. Agak lega kerana masih banyak bungkusan ubi yang masih kelihatan di atas meja. Biasanya, petang-petang begini ramai yang datang untuk membeli sehingga sampai satu ketika terpaksa beratur menunggu giliran.
Adik ni tolong mak dia menggoreng ubi masa cuti.
Peluang ini diambil untuk mendapatkan persetujuan daripada pemilik gerai untuk mengambil gambar (nasib baik tuan gerai bersetuju, hehe... Tima kasih daun keladi!) Sempat bertanya sebab pelanggan yang agak kurang pada petang itu, tuan gerai memberitahu bahawa kemungkinan banyak gerai lain yang sudah dibuka menyebabkan pelanggan semakin kurang.
Serbuk perasa digunakan untuk menambah rasa ubi selepas digoreng. Terdapat lima perasa yang disediakan; keju, pizza, BBQ, jagung bakar dan balado (berlada agaknya ni).
Ubi yang sedia untuk digoreng.
Bekas-bekas yang digunakan untuk menggoncang ubi.
Ubi yang sudah siap dibubuh perasa.
RM2/bungkus
P/s: Ubi rebus dengan ikan masin dihidangkan dengan kopi panas semasa hujan laaaaaaagi sedaps!
dimana mau beli perisa nya ini?
ReplyDeleteowh, itu kena tanya pemilik gerai...
Deleteada no.whatspp ke sape yg penjual perisa serbuk tu.??
DeleteBanyak jual di tamu-tamu.ada mcm2 perisa,cheese,balado dll
ReplyDeletetq :)
DeleteCuba cari dekat pasar tamu.
ReplyDelete