Friday, 15 June 2012

Kelapa Bakar & Lokan Panggang Salut

Pertama kali menikmati air kelapa bakar terdetik hati mengatakan yang rasanya seperti air rebusan kacang tanah, begitu juga dengan aroma baunya.

Deretan gerai kelapa dan lokan panggang Salut ini terletak berhampiran bulatan Kampung Rugading - Telipok. Perjalanan dari pusat bandar Kota Kinabalu ke sini mengambil masa lebih kurang 25 minit.

Harga bagi lokan panggang bergantung pada saiz lokan; RM12 untuk saiz lokan yang besar, RM10 bagi saiz lokan sederhana dan RM8 untuk lokan yang bersaiz kecil, manakala bilangan setiap hidangan adalah sama, iaitu 20 biji lokan (penjodoh bilangan ni sesuai ka tidak?)

P/s: Tak ingat harga bagi buah kelapa, tapi harga makanan memang berbaloi dan memuaskan. Memang salute la! :)

 Puding kelapa dalam buah.

 Kelapa bakar.

 Kelapa bakar yang dijamu untuk pelanggan.

 Kelapa bakar dihidang semasa masih panas. Hebat, boleh hirup guna straw lagi, hoho!

 Puding kelapa. Aik, ini pun makan guna straw?!

Lagi kelapa bakar.

Lokan dipanggang sejurus pesanan penaja (eh! pelanggan) dibuat.

Soalan Matematik Tahun 2 : Ada berapa biji lokan kesemuanya?

Zoom sikit...

Lokan panggang yang hampir masak.

Stok lokan yang sentiasa mencukupi. (Dorang ternak agaknya)

Stok buah kelapa.

Lokan yang sudah masak dan dihidangkan untuk pelanggan.

Ready, go! Wohoo, bismillah dulu! :)

Licin, tinggal kulit! XP

Antara papan tanda yang terdapat pada gerai.

Deretan gerai. Hampir semua gerai menyediakan menu yang sama.

Dan lagi.

No comments:

Post a Comment